Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label atas. Tampilkan semua postingan
Rabu, 26 Februari 2014
Hanya Mampu Melihat Sahabat Menggelupur Di Atas Jalan
“Saya sebak melihat Muhamad Suaidi menggelupur di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah lalu membisikkan kalimah syahadah ke telinganya sebelum dia mendengus panjang. Tidak lama kemudian dia terus senyap,” kata Mohd Siddiq Al Hakim Jamat, 19, sahabat baik kepada Muhamad Suaidi Hasan, 19, yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 203.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di Alor Gajah malam kelmarin.Dalam kejadian jam 9.30 malam, Muhamad Suaidi yang menunggang motosikal Yamaha 125Z dalam perjalanan pulang ke ibu kota sebelum motosikal ditunggang hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan.
Selain Mohd Siddiq, turut berkonvoi bersama mangsa adalah tiga lagi rakannya iaitu, Hafizan Hatta, 19, Mohd Samian Zamri, 19, dan Mohd Amirudin Najikin, 20. Mereka dari Pagoh, Johor menghala ke Kuala Lumpur.
Menurut Mohd Siddiq, dia yang menunggang tidak jauh di belakang mangsa terkejut sebaik saja terdengar dentuman sebelum menyedari Muhamad Suaidi terbabit kemalangan.“Saya lihat motosikal arwah terperosok di belakang sebuah pacuan empat roda manakala arwah tertiarap di atas jalan. sumber
Jumat, 31 Januari 2014
RAHSIA TERBONGKAR APABILA TERBERAK ATAS KATIL HOSPITAL

MELAKA – Siapa sangka rahsia seorang keldai dadah Nigeria yang telah beberapa kali berjaya meloloskan diri menyeludup bahan khayal itu ke negara ini akhirnya terbongkar selepas dia terbuang air besar di atas katil Hospital Melaka setelah tiga jam dirawat.
Tembelang lelaki berusia 33 tahun tersebut terbongkar pada pukul 3 pagi kelmarin apabila petugas hospital yang cemas melihat keadaannya hairan sebaik ternampak 11 objek pelik turut terkeluar bersama najis di atas katil.
Bagaimanapun, selepas diteliti, mereka mendapati ia merupakan kapsul dadah yang telah ditelan oleh suspek untuk diseludup dan dijual kepada penagih syabu di negeri ini.
Selepas ujian X-ray dilakukan, doktor mengesahkan sebanyak 16 kapsul dadah lagi masih berada di dalam perutnya. Ia kemudian dapat dikeluarkan pada pukul 8.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, pembongkaran berlaku apabila suspek yang mendakwa dirinya pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur ditahan ketika berkelakuan seperti orang tidak siuman berhampiran Rumah Batik, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada pukul 10.30 malam
Langganan:
Postingan (Atom)