Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Kamis, 06 Februari 2014
Sultan mahu MAIK lebih agresif martabat Islam
| 02 Nov 2012 |
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seharusnya lebih agresif dalam memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memartabatkan Islam di negeri itu tanpa adanya rasa puas hati dengan pencapaian yang telah diperolehi.Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, (gambar)bertitah Maik seharusnya menggandakan usaha supaya dapat mengekalkan prestasi sedia ada, malah lebih hebat lagi dalam mencipta kejayaan besar masa hadapan.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Ekspo Maik 2012 sempena 100 tahun Maik yang bertemakan Seabad Mendaulatkan Islam.
Turut hadir pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, selaku Yang Dipertua Maik, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Timbalan Maik, Datuk Kamaruddin Mohd Zain serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.
Pada masa yang sama, baginda turut mencadangkan para imam perlu lebih aktif dalam menjalankan tugas masing-masing seperti bergaul dengan golongan terbabit di peringkat bawah.
“Ianya amat penting dalam usaha untuk membentuk anak-anak mukim menjadi warga masyarakat yang bertaqwa,”ujarnya.
Pada masa yang sama Sultan Muhammad Ke-V turut berharap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Mufti dan Yayasan Islam Kelantan, berganding bahu untuk membantu Maik dalam menegakkan syiar Islam.
Menurutnya, semoga dengan cara ini tidak akan berlaku pertindihan program yang akan merugikan masa terutama sekali sumber kewangan.
Sementara itu, Tengku Mahkota Kelantan, pula menyeru orang ramai sama ada rakyat Kelantan atau pelancong luar mengunjungi pameran ekspo terbabit.
Katanya, ianya merupakan sejarah apabila program untuk orang ramai buat julungkali diadakan.
Pelbagai pameran diadakan sempena ekspo yang diadakan bermula 1 November hingga 6 Disember ini.
Sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan turut melawat pameran yang disediakan oleh penganjur.
template joomla
Kamis, 30 Januari 2014
Rakyat Sarawak tekad mahu tukar k’jaan serik ditipu Umno
(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti.
“Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno,” katanya ketika dihubungi.
Nazib berkata, harapan rakyat Sarawak itu dapat dilihat pada sambutan penduduk Miri yang disifatkannya luar biasa ketika menyambut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Isnin lalu.

Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong.
“Sambutan memang luar biasa, tambah pula Miri merupakan Parlimen merangkumi kawasan bandar terdiri dari masyarakat Tionghua, Cina, Melayu dan Iban,” kata Nazib.
“Lebih 5,000 hadir dalam ceramah di Waterfront Commercial Centre Miri. Ia perubahan drastik penduduk Miri. Melalui jumlah itu, saya yakin mereka sangat memerlukan perubahan kerajaan,” jelasnya.
Anwar terus mencipta kegemilangan di Sarawak apabila kunjungan beliau di sana dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan rakyat segenap masyarakat.
Kedatangan beliau di Beluru, Bakong disambut ribuan penyokong dengan pelbagai sepanduk.
Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam usahanya menawan hati rakyat Pulau Pinang walaupun membawa masuk penyanyi terkenal Korea, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina, pada hari sama.
Beliau malah dimalukan apabila penonton berkata ‘No’ bila ditanya Najib ‘Are you ready for BN?’.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Langganan:
Postingan (Atom)