Kamis, 30 Januari 2014
Rakyat Sarawak tekad mahu tukar k’jaan serik ditipu Umno
(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti.
“Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno,” katanya ketika dihubungi.
Nazib berkata, harapan rakyat Sarawak itu dapat dilihat pada sambutan penduduk Miri yang disifatkannya luar biasa ketika menyambut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Isnin lalu.
“Sambutan memang luar biasa, tambah pula Miri merupakan Parlimen merangkumi kawasan bandar terdiri dari masyarakat Tionghua, Cina, Melayu dan Iban,” kata Nazib.
“Lebih 5,000 hadir dalam ceramah di Waterfront Commercial Centre Miri. Ia perubahan drastik penduduk Miri. Melalui jumlah itu, saya yakin mereka sangat memerlukan perubahan kerajaan,” jelasnya.
Anwar terus mencipta kegemilangan di Sarawak apabila kunjungan beliau di sana dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan rakyat segenap masyarakat.
Kedatangan beliau di Beluru, Bakong disambut ribuan penyokong dengan pelbagai sepanduk.
Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam usahanya menawan hati rakyat Pulau Pinang walaupun membawa masuk penyanyi terkenal Korea, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina, pada hari sama.
Beliau malah dimalukan apabila penonton berkata ‘No’ bila ditanya Najib ‘Are you ready for BN?’.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar