Rabu, 01 Januari 2014
Video Samseng Ugut Amir Khan
[Video] Samseng Ugut Amir Khan - LONDON : Seorang penyangak bertopeng memuatnaikkan video ke laman YouTube untuk mengancam juara tinju dunia, Amir Khan.
Dia juga mendakwa ‘menumbangkan’ peninju itu apabila dia dilapor menyerang Amir dan adiknya baru-baru ini.
Polis melancarkan siasatan terhadap video itu yang menyusuli laporan mengenai Amir, 25 dan adiknya, Haroon, 20, membelasah enam samseng yang hendak merampas kereta mereka di Digbeth, Birmingham pada awal pagi Isnin lalu.
Pasangan adik beradik itu didakwa menjadi sasaran kumpulan enam orang itu.
Amir, bekas juara dunia light-welterweight dikatakan menumbuk bertalu-talu seorang penyangak berkenaan sebelum dia dan adiknya meninggalkan tempat kejadian.
Bagaimanapun, dalam video yang dimuatnaikkan pada laman Facebook, semalam, seorang lelaki bertopeng menceritakan kejadian itu dan mengancam Amir dan adiknya.
“Saya akan cabut kepala kamu. Anda tahu apa yang sebenar terjadi. Kami tahu apa yang terjadi. Kamu dibelasah. Lain kali kamu boleh bawa bala tentera.
Siapa peduli jika kamu Amir Khan. Anda bukan wira di sini,” kata lelaki itu.
Siapa peduli jika kamu Amir Khan. Anda bukan wira di sini,” kata lelaki itu.
Video itu yang kelihatan dirakam di ruang tamu sebuah rumah, disiarkan selepas laporan menyatakan, Amir dan adiknya menjadi sasaran perompak yang cuba mencuri kereta Range Rovernya berharga �100,000 (RM500,000).
Dalam video dua siri itu, lelaki bertopeng berkenaan menunjukkan barangan, termasuk beg, dompet dan kunci kereta yang dia dakwa milik Amir.
Polis West Midland melancarkan siasatan terhadap kejadian itu.
Mereka sebelum ini berkata, menerima laporan mengenai satu perkelahian tetapi tidak menemui sebarang tanda serangan.
“Kami mulanya berkata kami tidak menyiasat kejadian itu. Tetapi kini, kami mengkaji pendirian kami,” kata seorang jurucakap.
Polis berusaha mencari butir sebenar mengenai kejadian berkenaan. Wakil Amir enggan mengulas mengenai dakwaan itu. – DM
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar