Rabu, 05 Maret 2014

Tiada keputusan muktamad bagi tindakan pada Suaram

Malaysiakini
  • Abdul Rahim Sabri
  •   Sep 12 2012
 
Mesyuarat bersama enam agensi kementerian hari ini masih belum memutuskan tindakan muktamad ke atas NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwa menerima dana asing.

Ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish berkata berkata pertemuan hari ini hanyalah untuk menyelaras bidang kuasa setiap agensi yang terlibat.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lebih dua jam itu, Mohd Naim berkata mesyuarat berkenaan "positif" untuk mengkaji bidang kuasa dan tindakan berdasar undang-undang yang sedia ada.

NONESelain SSM, lima agensi lain yang terlibat adalah wakil Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Setiap agensi diminta untuk membentangkan fakta dan penjelasan... Mereka telah bersetuju untuk mengkaji bidang kuasa-kuasa dan jika ada pelanggaran atau tidak patuh (kepada undang-undang) mungkin diambil tindakan yang berhubung kait dengan Suaram dan Suara Inisiatif.

"SSM menjalankan siasatan terhadap Suara Inisiatif yang berkait dengan Suaram dengan peruntukan bawah Akta Syarikat," katanya.
Katanya lagi, mesyuarat itu juga mengambil kira bidang kuasa Jabatan Pendaftar Pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966 untuk mengenakan tindakan itu.
Katanya, mesyuarat itu juga menyerahkan kepada Bank Negara Malaysia untuk menyiasat Suaram berhubung isu penerimaan dana asing.

Mohd Naim berkata semua agensi tersebut akan bertemu semula dalam tempoh satu hingga dua minggu untuk mendapatkan maklumbalas sebelum menubuhkan pasukan bertindak jika perlu bagi menyiasat perkara itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar