Tampilkan postingan dengan label suaram. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suaram. Tampilkan semua postingan
Minggu, 09 Maret 2014
SSM geledah pejabat SU syarikat dan juruaudit Suaram
malaysiakini
Notis untuk menggeledah dan merampas dikeluarkan mengikut Seksyen 7C dan 7D (1) Akta Syarikat 1965.
Dalam satu kenyataan, Suaram berkata, pihaknya percaya kerajaan dan agensi-agensinya dalam kempen untuk menakut-nakutkan dan mengganggu Suaram sebagai tindak balas terhadap pendedahan NGO itu berhubung skandal kapal selam.
Sambil mengutuk tindakan SSM itu, Suaram berkata ia menjadi sasaran semata-mata kerana usahanya yang sah dan aman dalam mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia.
Ugutan politik dan gangguan yang berterusan ini, tegas Suaram, adalah bukti bahawa kerajaan bertekad untuk mendiamkan suara-suara yang kritikal terhadapnya.
Katanya, dunia mesti menyaksikan trend yang membimbangkan ini sebagai satu isyarat mengenai potensi tindakan keras terhadap aktivis dan pembela hak asasi yang kritikal di negara ini.
Pengarah eksekutif Suaram E Nalini mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pegawai SSM menyerbu pejabat juruaudit dan setiausaha syarikat pada waktu pagi, tetapi enggan mengulas lanjut, dan berkata ia akan didedahkan esok, mengenai notis yang turut dikeluarkan kepada Suaram.
Rabu, 05 Maret 2014
Tiada keputusan muktamad bagi tindakan pada Suaram
Malaysiakini
|
Ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish berkata berkata pertemuan hari ini hanyalah untuk menyelaras bidang kuasa setiap agensi yang terlibat.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lebih dua jam itu, Mohd Naim berkata mesyuarat berkenaan "positif" untuk mengkaji bidang kuasa dan tindakan berdasar undang-undang yang sedia ada.
Selain SSM, lima agensi lain yang terlibat adalah wakil Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia."Setiap agensi diminta untuk membentangkan fakta dan penjelasan... Mereka telah bersetuju untuk mengkaji bidang kuasa-kuasa dan jika ada pelanggaran atau tidak patuh (kepada undang-undang) mungkin diambil tindakan yang berhubung kait dengan Suaram dan Suara Inisiatif.
"SSM menjalankan siasatan terhadap Suara Inisiatif yang berkait dengan Suaram dengan peruntukan bawah Akta Syarikat," katanya.
Katanya lagi, mesyuarat itu juga mengambil kira bidang kuasa Jabatan Pendaftar Pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966 untuk mengenakan tindakan itu.
Katanya, mesyuarat itu juga menyerahkan kepada Bank Negara Malaysia untuk menyiasat Suaram berhubung isu penerimaan dana asing.
Mohd Naim berkata semua agensi tersebut akan bertemu semula dalam tempoh satu hingga dua minggu untuk mendapatkan maklumbalas sebelum menubuhkan pasukan bertindak jika perlu bagi menyiasat perkara itu.
Langganan:
Postingan (Atom)