Kamis, 19 Desember 2013
Gadis Lembam Trauma Dirogol Jiran
KUCHING – Seorang gadis kurang upaya trauma selepas menjadi mangsa nafsu buas jirannya dan terpaksa menjalani rawatan psikiatri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, insiden itu disedari oleh keluarga mangsa yang berasal dari RPR Batu Kawa, Taman Sri Malihah 2 sekitar jam 11.40 pagi kelmarin.
Keluarga mangsa dimaklumkan oleh salah seorang jiran yang ternampak gadis berkenaan ditarik masuk oleh suspek ke dalam rumah.
Difahamkan gadis berusia 17 tahun itu mengalami masalah lembam (kurang cekap berfikir) dan tidak bersekolah.
“Mangsa kini sedang menjalani rawatan doktor psikiatri dan tidak dapat menceritakan kejadian sebenar.
“Identiti suspek telah diperolehi dan polis sedang mengesan suspek,” katanya.
Hasil pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak semalam turut mendapati terdapat kesan koyakan lama dalam kemaluan mangsa.
Siasatan masih diteruskan. – The Borneo Post
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar