Jumat, 27 Desember 2013

Raven Symone Sahkan Dia Seorang Lesbian


NEW YORK — Pelakon program televisyen “That’s So Raven”, Raven-Symone mendedahkan bahawa dia adalah seorang lesbian melalui laman Tweeternya.

“I can finally get married! Yay government!”So proud of you.’ (Akhirnya, saya boleh berkahwin! Yay kerajaan! Sangat bangga denganmu), kata bekas pelakon program Cosby yang berusia 27 tahun itu.

Raven merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat untuk menarik balik Akta Pertahanan Perkahwinan pada Jun.

Raven kemudian memberitahu E!News bahawa :”Saya sangat gembira bahawa perkahwinan kaum sejenis dibenarkan dan diterima di negara ini.Saya amat teruja mendengar hari ini bahawa lebih banyak negeri mengesahkan perkahwinan kaum sejenis.

“Bagaimanapun saya tidak berkahwin lagi. Namun ia amat menggembirakan untuk mendapat tahu saya boleh berbuat demikian, sekiranya saya mahu.”

Pada Mei 2012, Raven mengulas laporan National Enquirer bahawa dia tinggal dengan teman wanitanya yang juga peserta America’s Next Top Model, AzMarie Livingston di bandar New York dengan memuat naik mesej cryptic (dengan maksud tersembunyi) melalui Tweeter berhubung laporan itu.

“I’m living my PERSONAL life the way I’m happiest” (Saya melalui kehidupan peribadi saya dengan penuh gembira), katanya kepada lebih daripada 350,000 pengikutnya.

Ketika itu, Raven enggan mengesahkan atau menyangkal dakwaan bahawa teman wanitanya adalah AzMarie, yang terkenal dengan kecantikannya yang menyerupai idolanya, Grace Jones.

Pelakon yang memegang watak Olivia dalam program Cosby pada usia 4 tahun itu berkata ia adalah haknya sebagai seorang manusia. – ABN News

Tidak ada komentar:

Posting Komentar