Sabtu, 21 Desember 2013
Pengawal Keselamatan Terlepas Tembakan Ditahan
GEORGE TOWN – Seorang pengawal keselamatan dilapor melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah kedai emas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Jalan Magazine di sini telah ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mazlan Kesah berkata, pada kejadian pukul 11.15 pagi itu, pengawal yang berusia 45 tahun itu secara tidak sengaja telah terlepas sedas tembakan daripada senjata pump gun.
Kata Mazlan, tembakan itu mengenai bahagian bawah meja kabinet kaca yang mempamer barangan kemas dan perhiasan.
Hanya terdapat tujuh orang pekerja di dalam premis itu ketika kejadian.
Mazlan berkata, polis telah merampas senjata berkenaan dan pengawal itu telah tiga tahun berkhidmat sebagai pengawal keselamatan serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. – BERNAMA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar